Wednesday 6 February 2013

Tsiqah Bil Manhaj

Bismillahhirrahmanirrahim..

Orang dah mula busy dengan PRU. takde masalah busy dgn PRU, yang penting kite jelas dengan kehadiran kita dan objektif. dan yang paling utama, janganlah kita nampak PRU the ONLY way untuk merubah negara ni.

tsiqahlah dengan manhaj, jalan yang panjang lagi terjamin. memetik tulisan Anis Matta,

"Politisi mencipta voters, tapi agama mencipta followers. Mana satu yang kuat, voters atau followers?"

tsiqah dan tsabatlah dengan manhaj..

Wednesday 29 December 2010

AIMS

Pernahkan anda pada suatu ketika dalam hidup anda..

Bertanya pada diri sendiri..

"Apa yang aku buat di sini?"

"Kenapa aku pegi kuliah hari ni?"

"Apa jadi kalau tak pegi?"

"Kenapa aku kene study?lepas tu kene exam pulak?"

"Boleh berjaya ke kalau buat macam ni?"

"Kenapa mak ayah suruh aku study?"

"Kenapa semua orang pun pegi sekolah, amik exam, masuk universiti?"

"Macam ni ke kalau nak berjaya?berjaya tu macam mane pulak?"

"Berjaya tu kene jadi engineer/doktor/lecturer ke?kene banyak duit ke baru kire berjaya?"

Dan anda terus bermonolog sehingga bercelaru fikiran anda..

Lalu anda merasa kepenatan..

Lantas meninggalkan persoalan-persoalan ini dan meneruskan rutin hidup anda..

Jom Bersama Kami!

Merungkai persoalan-persoalan hidup..

Agar kita akhirnya berjalan mengharungi dunia dengan penuh kepuasan..

Kepuasan kerana tidak dipergunakan oleh orang lain..

Kepuasan kerana berjalan atas matlamat sendiri dan bukan matlamat orang lain..

Hubungi Kami..

Walau dimana anda berada..

Kenali diri dan destinasi anda bersama kami..

hubungi myaims@live.com

Nahnu Ruhul Jadid

Kita bukanlah parti politik...walaupun politik sebahagian dari kita.

Kita bukanlah badan kebajikan...walaupun kebajikan menjadi keutamaan kita.

Kita bukanlah kelab sukan dan riadhah..walaupun menjaga kesihatan adalah amalan kita..

Kita tidak akan sama seperti organisasi di atas kerana kewujudan mereka hanya terbatas pada tujuan tertentu dan tempat tertentu sahaja.

Tapi Kita adalah Ruh Baru(Ruhul Jadid) ummat ini...

Yang akan mewarnai setiap kelab, persatuan, parti politik bahkan segenap penjuru aspek kehidupan ummat...

Sehingga tiada lagi fitnah di bumi dan ad-Deen itu milik Allah sepenuhnya..

Ameen..

Saturday 8 May 2010

نشيد الكتائب



Dialah al-haq yang menyusun tenteranya,
Dia membuat persediaan untuk membezakan haq dengan batil

Maka disusunnya gerombolan singanya..
Dengannya dihancurkan kerajaan yg bathil,

Nabi petunjuk, kami membenci tidur,
Kami tinggalkan makanan yg sedap-sedap,
Kami bangun kepada Allah sambil membaca surah-surah,
Demi keindahan al-quran yg muhkami (jelas)

Kami menyediakan mereka yg berjalan di muka bumi,
Dan dibawah langit adalah keagungan muslimin,
Sebagai penyeru kepada al-haq, kami tidak melihat
Sumbangan kepada Islam selain menumpahkan darah,

Nyawa kami dipersaudarakan kerana Allah,
Persaudaraan ini melampaui binaan zaman,
Ajal kami ditentukan oleh al-haq,
Untuk mengikuti pedoman al-quran yg kami imani

Beribadatlah kami bila menjelangnya malam,
Mihrab kami diselubungi tangisan,
Dan tentera yang kuat apabila kami melibatkan..
Untuk melihat kegemilangan singa-singa kami yang tiadakan hina..

Saudaraku kufr sekiranya kau ikuti petunjuk,
Akan kami bekorban untukmu sebagai ahli golongan kami,
Tapi jika kau terus jahil, kami akan terus memerangimu,
Akan kami hokum dengan hokum agama orang yang bersalah..

Kami rasakan bagimu azab hidup yg berganda,
Dan azab kematian yg berganda tak siapa akan membantu,
Maka kami berjalan dengan roh (yang ditolong oleh) Allah,
Dan kami ikuti nabi petunjuk

Kearah kejayaan untuk membezakan haq dari yg bathil

Wednesday 5 May 2010

Pesan Syeikh Kabeer..

"kunu u'bbad qabla quwwad"
jadilah hamba sebelum pemimpin

"dhoifu bi nafsihi, qowiyyu bi ikhwanihi"
lemahnya bila berseorgn, akan kuat bila bersama ikhwah

akhlak adalah terjamahan iman

janganlah pernah merasa lebih mulia dari orang lain
selalulah menghormati orang di sekeliling, murabbi, muallim, sahabat2...

jangan menjadi munafiq
"aminu fi dakhili, ghairu amin fi khariji"
jujur di dalam(sekolah), x jujur di luar
"munazzaman fi dakhili, ghairu munazzaman fi khariji"
teratur di dalam(sekolah), x teratur di luar

seperti biasa, para masyaikh akan memberi nasihat2 yang sangat2 asas kepada para duat kerana seperti biasa perkara2 asasilah yg selalu dilupakan dan akhirnya membawa mudarat yg lebih besar kepada gerakan dakwah. Namun apabila seorang syeikh tarbiyah menasihati anda(walaupun dgn tema yg biasa anda dgr) dgn susun atur bahasa yg sedap didengar dan bersemangat. Ditambah pula dgn ayat2 al-Quran dan hadis2 Nabi s.a.w yg biasa anda terlupa mengenainya..sesungguhnya impaknya sangat2 besar..dan boleh mengisi kekosongan jiwa anda untuk minggu2 seterusnya..jzkk..

*namun penyesalan terbesar adalah anda tidak memahami sepenuhnya bahasa arab..man!!..